fbpx

Angkasa lancar Tabung Kemanusiaan Palestin, sasar RM100,000 dana bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah (empat dari kanan) dan Zambry (tujuh dari kiri) bersama plakad Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Malaysia sebagai simbolik kepada pelancaran tabung tersebut.

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan sejumlah RM100,000 disumbangkan oleh gerakan koperasi Malaysia sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat Palestin.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, dana bantuan tersebut akan dikumpul menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Gerakan Koperasi Malaysia yang dilancarkan dalam pertemuan bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada Isnin lalu.

Katanya, inisiatif tabung dana kemanusiaan ini sejajar dengan Prinsip Ketujuh Koperasi iaitu Berprihatin Terhadap Masyarakat.

“Prinsip tersebut menggariskan kesejahteraan hidup manusia menjadi antara fokus gerakan koperasi meliputi keperluan ekonomi dan sosial.

“Gerakan koperasi mempunyai tanggungjawab menjaga kemakmuran hidup merentasi agama, bangsa dan rentas negara.

“Situasi di Palestin pada masa ini perlu diberi perhatian dan bantuan sewajarnya oleh semua pihak tanpa mengira pegangan agama kerana ianya melibatkan isu kesejahteraan kehidupan manusia sejagat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, seluruh warga koperasi serta masyarakat awam diseru untuk mengisi tabung ini bagi membantu penduduk Palestin yang berada dalam situasi pergolakan peperangan pada ketika ini.

Orang ramai dan anggota koperasi boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun CIMB ISLAMIC: 86-0044543-3 dengan rujukan sumbangan COOPMalaysia4Palestine.

Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi ANGKASA di www.angkasa.coop dan Facebook atau Tik Tok: @ANGKASACoo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI