fbpx

Abdullah makin sihat, luah rindu pada ibu dan bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah yang terselamat dalam kemalangan ngeri mengorbankan ahli keluarganya kini semakin pulih.

MUAR – Selepas 45 hari insiden yang meragut nyawa enam sekeluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Segamat pada 1 September lalu, remaja berusia 15 tahun yang terselamat dalam kemalangan ngeri itu mula ­mencari ibu dan bapanya.

Abdullah Amir Ruddin yang cedera parah dalam kemalangan itu mula mencari individu yang melahirkannya selepas keadaannya menunjukkan perkembangan positif.

Dia kini dijaga ahli keluarga ibunya di Kampung Parit Lapis, Parit Jawa di sini.

Nor Hila Noor Muhammad, 38, berkata, ketika dia dan abang sulungnya, Muhd. Hairul, 54, berborak dengan Abdullah pada Ahad lalu, anak saudaranya itu bertanyakan mengenai ibunya dan menyatakan wajah saya seiras dengan ibunya, Noor Muhamad, 43.

“Muka ibu lagi cantik macam orang Arab. Dalam perbualan itu, abang saya yang Abdullah panggil pak long bertanya sama ada dia sa­yang abi dan ibu?.

“Dia (Abdullah) jawab sayang,” katanya kepada Kosmo!.

Abdullah mempunyai seorang abang, Abdurrahman, 19.

Nor Hila berkata, abangnya kemudian bertanya sama ada Abdullah mengetahui siapa yang ­lebih menyayangi ibu bapanya.

“Dollah (Abdullah) jawab, tahu Pak Long, Allah. Saya kemudian mencelah Allah pun sayang kita jugak cumanya abi dan ibu pergi dulu,” luahnya.

KEADAAN Perodua Alza dinaiki enam sekeluarga yang remuk selepas terlibat kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu.

Dalam pada itu, Nor Hila yang juga seorang guru di sebuah sekolah rendah di Muar memberi­tahu, mereka sekeluarga bersedia untuk memberitahu perkara sebenar berhubung kematian bapa, ibu serta empat adik-beradik Abdullah.

Berita berkaitan: Kutip derma di TikTok guna nama waris enam beranak maut

Namun katanya, khabar duka itu akan disampaikan sebaik sahaja mendapat keputusan berhubung keadaan kesihatan mental Abdullah pada 29 Oktober ini.

“Dia (Abdullah) akan menjalani rawatan susulan bersama pakar bedah bahagian neurosurgery. Kami perlu beritahu perkara sebenar kepada dia tetapi bergantung kepada keadaan laporan pasukan perubatan, jadi kami kena sabar,” ujarnya.

Dalam kemalangan pada pukul 6.37 petang Jumaat 1 September lalu, selain ibunya, bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut meninggal dunia.

GAMBAR kenangan Abdullah (belakang, kiri) dan abangnya Abdurrahman bersama ibu bapa dan empat beradiknya yang maut dalam nahas di Segamat pada 1 September.

Abdullah yang mengalami kecederaan parah pada tangan dan kepala dikejarkan ke Hospital Segamat, namun kembali pulih selepas hampir 20 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut.

Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemedak di sini untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Namun setibanya di Kilome­ter 5, Jalan Segamat-Kuantan ken­deraan ­Perodua Azla dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI