fbpx

Tular OKT dipukul: Kertas inkuiri polis dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular lelaki didakwa dipukul ketika dalam tahanan.

GOMBAK – Polis membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti kesalahan dilakukan anggota polis yang disyaki mencederakan orang kena tahan (OKT) ketika diberkas dalam sebuah video tular, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan tersebut diambil untuk mengesan kesalahan yang telah berlaku dan baki mereka yang terlibat.

“Bagi kes video tular itu, pihak polis telah buka kertas inkuiri polis dan kenal pasti individu yang terlibat untuk diambil tindakan.

“Kertas inkuiri ini penting sekiranya ada kesalahan yang telah berlaku dan mengesan orang yang terlibat,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak, di sini, hari ini.

11 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan OKT dipukul beberapa anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan yang dikesan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong dilaporkan berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi, 2 Ogos 2022.

Menerusi video yang tular, seorang daripada dua individu yang disyaki anggota polis dilihat memijak lutut seorang lelaki dipercayai OKT manakala seorang lagi bertindak melibas tapak kaki OKT.

Kertas siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibuka berhubung tangkapan berkenaan dan OKT itu juga sudah dituduh di Mahkamah Klang pada 8 Ogos 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI