fbpx

Tiba-tiba rajin, cakap ‘sweet’ antara tanda pasangan seorang penagih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pegawai penguat kuasa mendedahkan beberapa tanda boleh dilihat terutamanya kepada pasangan yang berkahwin sekiranya orang terdekat mereka terjerumus dengan najis dadah.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, pegawai berkenaan yang dikenali sebagai Din Helmy berkata, karakter seorang penagih dadah biasanya boleh dilihat menerusi perbuatan.

Jelasnya, jika sebelum ini pasangan tersebut kurang rajin, tetapi tiba-tiba menjadi rajin, bermulut manis (sweet) dan jarang tidur malam itu antara tanda mereka mengambil dadah.

“Selain itu, tanda lain dapat dilihat pada bibir iaitu kering, lidahnya juga putih, manakala matanya pula berkaca. Ini berkemungkinan mereka menghisap dadah.

“Ada juga yang tidak tidur malam, berjaga buat kerja rumah malam-malam, tengok handphone (telefon bimbit) 24 jam, tapi berbeza-beza juga karakter mereka,” katanya menerusi satu klip video di TikTok.

Justeru, Din Helmy mengingatkan pasangan suami isteri sekiranya orang terdekat mereka berubah daripada karektor biasa berkemungkinan mereka itu seorang penagih dadah.

“Dari sudut keluarga, kalau kita dah hidup dengan dia karakter dia, tiba-tiba suatu hari perbuatan dia berbeza. Mungkin dia ambil dadah,”ujarnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sama tentang individu yang mengambil dadah.

“Ye betul apa tuan cakap ni, saya dah kaji lama kelakuan suami saya, dari bau air kencing boleh tahu,” kongsi @As Teletubbies Twin.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @MISSLIENA.

“Saya tengah berhadapan dengan orang macam tu sekarang ini. Sakit tuhan je yang tahu mintak cerai tapi dia tak nak lepaskan,” luahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI