fbpx

Syamimia terus ‘diboikot’, pengikut tidak lagi 1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar akaun TikTok Syamimia yang kini mempunyai kira-kira 985,300 pengikut berbanding sebelum ini lebih 1 juta.

PETALING JAYA – Selepas teruk ‘digasak’ pengguna di laman sosial, pempengaruh, Syamimia terus kehilangan ratusan ribu pengikut hanya dalam tempoh beberapa jam.

Tinjauan Kosmo! di aplikasi TikTok mendapati pengikutnya kini hanya kira-kira 985,000 berbanding tengah hari tadi iaitu lebih 1.1 juta pengikut.

Sementara itu, berdasarkan beberapa hantaran di aplikasi X mendapati, netizen terus melancarkan kempen ‘unfollow’ kepada semua akaun media sosial milik Syamimia.

“Update (kemaskini) terkini pukul 7.36pm, followers syamimia 985.7k,” kongsi @OmgItsSaraa.

“Wehhh follower (pengikut) Syamimia dari 1.1M kepada 900k perghhhh,” tulis @starrydazzles.

Bagaimanapun, ada pengguna yang melahirkan rasa simpati terhadap Syamimia kerana kehilangan ramai pengikut seperti yang dikongsi pengguna dikenali sebagai @chetien_

“Kesian pulak tengok Syamimia ni. Akak patut diam je kak sampai semua reda, jangan bagi statement (kenyataan) apa-apa. Diam untuk sementara waktu,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Syamimia kini teruk dikecam pengguna media sosial selepas didakwa tidak tidak berkongsi dan cakna mengenai nasib yang menimpa rakyat di Palestin ketika ini.

Menurut pengguna, sebagai seorang yang berpengaruh, Syamimia perlu menggunakan platfrom media sosialnya untuk menyebarkan kesedaran mengenai apa yang berlaku di Gaza.

Bagaimanapun, wanita terbabit mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu terbabit di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI