fbpx

Suami sibuk layan nafsu, anak isteri makan nasi lauk garam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ketagihan seorang lelaki yang juga suami melakukan onani sehingga tidak dapat bekerja menyebabkan isteri dan enam orang anaknya terpaksa menjalani hidup dalam kesengsaraan.

Perkara itu didedahkan peguam syarie, Muhammad Amirul Akmal Ismail menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Muhammad Amirul berkata, kisah tersebut antara yang memberikan kesan terhadap dirinya sebagai pengamal undang-undang syariah yang dikatakan berlaku pada awal tahun ini.

“Wanita ini makan nasi berlaukkan garam bersama anak-anak yang masih kecil berusia antara tiga hingga lapan tahun.

“Dia merupakan seorang pekerja pembersihan yang bergaji sekitar RM1,000 sebulan bagi menanggung enam orang anak dan seorang suami yang tidak bekerja,” katanya.

Ketika Muhammad Amirul menemu bual wanita terbabit, dia berkata, ketagihan onani yang dialami suaminya adalah berpunca daripada pengambilan dadah syabu.

“Suami saya ini ada ketagihan selalu nak kena beronani. Dia melakukanya lebih 10 kali sehari sehingga penat. Dah penat, tak boleh bangun pergi kerja. Itulah kitaran hidup dia selama kami bernikah.

“Dia juga ada hisap syabu sehingga saya tak terlayan dengan keperluan nafsu dia. Dalam enam tahun perkahwinan, setiap tahun kami dapat anak.

“Jadi ada juga silap saya sebab saya biarkan dia lepas nafsu dengan beronani sampai dia tidak suka nak bersama saya sangat,” ujarnya.

Namun begitu, kata Muhammad Amirul, selepas prosiding pasangan tersebut selesai, dia masih terkilan yang mana pada 2023, masih ada orang yang makan nasi berlaukkan garam kerana sikap suami yang tidak bertanggungjawab.

“Kepada suami di luar sana. Jalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya. Perancangan keluarga juga perlu ada,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI