fbpx

Suami saya, Adam takkan ‘menggatal’ di lokasi penggambaran – Sweet Qismina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWEET yakin, cinta Adam untuk dirinya seorang.

PETALING JAYA – Pelakon Sweet Qismina tidak sedikit pun berasa bimbang, bahkan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suaminya juga aktor, Adam Lee daripada kebarangkalian terpalit kontroversi ‘cinta lokasi’ dengan pelakon lain.

Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi berkata, dia sudah mengenali sikap sebenar Adam di lokasi penggambaran sebelum mereka mula menjalin cinta.

“Saya mengenali suami ketika kami masih belum bercinta lagi. Kami kenal pun di lokasi penggambaran.

“Jadi saya tahu karakter dia bagaimana. Mengenali Adam, dia seorang yang sangat fokus pada kerja. Dapat sahaja skrip, dia akan buat ‘home work’. Itu sahaja,” ujarnya.

Tambah pelakon berusia 26 tahun itu, dia bersyukur kerana suaminya juga bersikap jujur (telus) dan akan memberitahu kegiatannya pada setiap hari.

“Apa-apa pun saya bersyukur kerana Adam seorang yang jujur. Setiap hari dia akan beritahu kegiatannya apa yang berlaku.

“Untungnya juga, manager kami adalah ibu saya sendiri. Jadi bila masing-masing buat hal, ibu saya akan tahu dahulu.

“Sebab itu saya percayakan suami dan tidak pernah terfikir dia akan buat perangai untuk ‘menggatal’ di set penggambaran,” kata Sweet ketika ditemui pada majlis sidang media drama Misi 123 baru-baru ini.

Sementara itu, Adam, 28, berkata, dia sedaya upaya akan cuba untuk menjaga nama keluarga sebaik mungkin daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

“Saya cuba untuk menjaga keluarga sebaik mungkin. Saya dengan dunia saya sahaja. Main sukan Muay Thai, bersenam dan berlakon,” katanya.

Pada masa sama, Adam juga tidak pernah meletakkan sebarang sekatan kepada Swett ketika berlakon, namun berharap agar wanita itu faham tentang statusnya sebagai seorang isteri.

“Untuk isteri pula, saya tidak ada meletakkan sebarang sekatan. Perkara ini kami sudah bincang sejak sebelum berkahwin lagi.

“Tak ada masalah pun sebab isteri pun tahu batas apa yang patut dan apa yang tidak patut,” ujarnya.

Untuk rekod, selepas tiga tahun bercinta, Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI