fbpx

Semua negara Islam perlu bersatu, bela rakyat Palestin – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELBAGAI gambar-gambar berkaitan konflik Palestin-Israel membanjiri media arus perdana dan media sosial ketika ini. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Negara-negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap Israel yang telah hilang perikemanusiaan apabila mengebom Hospital Al-Ahli al-Arab di tengah Gaza sehingga menyebabkan 500 orang terbunuh.

“Tindakan rejim apartheid Zionis ini harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk dalam sejarah dunia.

“Negara-negara barat khususnya Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab terhadap kegilaan rejim Zionis kerana sentiasa berada di belakang Israel untuk bertindak ke atas Palestin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Ismail, konflik yang berlaku itu adalah berpunca daripada sejarah panjang bagaimana Israel secara sistematik menzalimi, membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin.

“Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza sentiasa di lindungi Allah SWT dan terus berjuang untuk mempertahankan tanah air sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI