fbpx

Sempat hantar mesej di kumpulan WhatsApp sebelum maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Nor Faizuamee (gambar kecil) yang maut dalam kemalangan di Jalan Bandar Baru, Kuala Nerus kelmarin.

KUALA NERUS – Seorang wanita sempat memaklumkan kepada kumpulan WhatsApp kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) mengenai kelewatannya untuk mengambil anak sebelum dia maut dalam kemala­ngan di Jalan Bandar Baru di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, mangsa, Nor Faizuamee Zulkifli, 37, mening­gal dunia akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Sewaktu kejadian, motosikal Honda Beat dinaiki mangsa dikatakan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah Perodua Alza.

Seorang rakan arwah yang mahu dikenali Fatimah, 39, berkata, sewaktu kejadian, Nor Faizuamee dalam perjalanan untuk mengambil anaknya berusia sembilan tahun dari kelas Kafa di sebuah sekolah berhampiran.

“Sebelum kejadian, arwah (Nor Faizuamee) sempat menghantar mesej di kumpulan WhatsApp kelas Kafa anaknya pada pukul 3.41 petang.

“Dia memberitahu kemungkinan lewat mengambil anak­nya dari kelas Kafa. Tak sangka tidak lama kemudian dia terlibat kemalangan,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd. Zaki Wan Ismail berkata, sewaktu kejadian, Nor Faizuamee dikatakan baru keluar dari rumahnya di Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian berhampiran Bulatan Bandar Baru Kuala Nerus di sini, motosikal jenis Honda Beat dinaiki mangsa dikatakan telah menukar laluan dari lorong kiri ke kanan.

“Perodua Alza dipandu seorang wanita di belakangnya gagal mengelak lalu merempuh belakang motosikal mangsa dan impak kemalangan menyebabkan mangsa tercampak dari motosikalnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI