fbpx

Ribut petir seluruh negara sehingga lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa tempat sehingga lewat malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

“Manakala di Sabah, hujan diramalkan berlaku di satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Labuan,” katanya.

Tambahnya, kawasan Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak pula dijangka berlaku hujan di satu dua tempat.

Sementara di Tawau, Kudat, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Johor pula diramalkan cuaca cerah malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI