fbpx

Pestabola Merdeka: Hadiah buat rakyat Tajikistan – Sergt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Tajikistan meraikan kemenangan selepas menewaskan Malaysia 2-0 di final Pestabola Merdeka sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pengendali Tajikistan, Petar Sergt mendedikasikan kejayaan 2-0 ke atas Malaysia untuk menjulang trofi Pestabola Malaysia sebentar tadi kepada seluruh rakyat di negara itu.

Jurulatih itu enggan menerima kredit sebaliknya menghamburkan pujian kepada seluruh pasukan termasuk kepada seluruh barisan kejurulatihannya.

“Semua orang tidak jangka tetapi kami sudah jangkakan kejayaan ini. Rakyat Tajikistan pasti terkejut namun kami berhak untuk memenangi trofi ini.

“Sejak dari awal lagi kami bermain secara penuh taktikal dan berdisplin,” katanya pada sidang media selepas perlawanan sebentar tadi.

Pada perlawanan sebentar tadi, kedua-dua gol Tajikistan dijaringkan oleh Soirov Rustam dan Samiev Shahrom.

“Pemain melakukan kerja dengan cukup baik dan saya dapat lihat pemain muda memiliki keyakinan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI