fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bom hospital tindakan gila – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mayat yang dijumpai selepas insiden serangan terbaharu Israel di Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza malam tadi.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan terbaharu Israel di Hospital Al-Ahli al-Arabi di utara Semenanjung Gaza malam tadi sebagai satu tindakan ‘gila’ dan hilang perikemanusiaan.

Perdana Menteri berkata, ia satu serangan keterlaluan oleh pihak Zionis terhadap rakyat di Gaza.

“Perkembangan terakhir dan terkini mengenai serangan Israel itu agak keterlaluan. Apa yang dituduh dan siapapun, ini ialah (akibat) serangan dan perang. Sebab itu, kita kata hentikan dan beri masa untuk kita redakan.

“Kalau teruskan ini, yang menjadi mangsanya adalah wanita, anak-anak dan pesakit. Ini dah sampai ke tahap gila dan hilang perikemanusiaan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Symposium – The Path Towards Greater Prosperity For Malaysia di sini, hari ini.

Katanya, beliau turut mengulangi beberapa kenyataan yang dibuat selain mendokong beberapa kenyataan sesetengah pimpinan negara luar yang menyatakan kesal dan mengecam pengeboman hospital di Gaza itu.

Anwar ketika ditemui media selepas Simposium ‘The Path Towards Greater Prosperity For Malaysia’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

Anwar berkata, beliau kesal dengan sikap bermuka-muka negara barat yang kononnya membela hak kemanusiaan di Gaza.

“Paling dikesalkan, negara barat yang bercakap soal hak kemanusiaan ini rupanya ada kategori. Ada manusia kelas satu dan ada manusia kelas hamba.

“Dan ini yang kita bantah sekeras-kerasnya. Tapi sekarang ada tuduhan pelbagai, saya tak kira soal pokoknya hentikan kegiatan (serangan) ini,” katanya.

Katanya, beliau juga akan bertemu dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman selepas menghadiri Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama ASEAN-Teluk (GCC) di Riyadh, Arab Saudi bagi mendapatkan perkembangan terkini konflik serangan di Gaza itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI