fbpx

Pelanggan nak muntah dihidang patin berbau seperti bangkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIDANGAN ikan patin merupakan antara hidangan wajib ketika berkunjung ke Temerloh. – GAMBAR HIASAN

TEMERLOH – Keterujaan beberapa pelanggan untuk menikmati ikan patin bertukar menjadi mimpi ngeri apabila hidangan itu didakwa berbau busuk seperti bangkai dalam kejadian di sebuah kedai di sini baru-baru ini.

Lebih mengecewakan apabila aduan yang dibuat kepada peniaga kedai makan terbabit tidak diendahkan, malah ganti rugi juga tidak diberikan.

Pelanggan dikenali sebagai Hisham, 45, berkata, dia yang sering berulang alik ke Temerloh atas urusan kerja telah dua kali termakan masakan ikan patin berbau busuk.

“Ketika singgah di sebuah kedai, saya telah meminta bahagian tengah ikan patin masak tempoyak dan sebaik menjamahnya, saya rasakan bau yang sangat busuk.

“Tauke kedai kemudiannya tanya saya hendak tukar atau tidak, tetapi saya kata sudah tidak berselera kerana bau busuk,” katanya di sini semalam.

Katanya, meskipun ikan ber­kenaan berbau busuk dan tidak habis dimakan, namun dia berasa sedikit kecewa kerana tetap dikenakan bayaran seperti harga biasa iaitu sebanyak RM25.

Sementara itu, seorang pe­langgan daripada Kuantan dikenali Ellies Ezailin berkata, dia yang mengidam makan pais ikan patin di Temerloh juga amat terkilan apabila juadah yang dimakannya berbau busuk.

Katanya, kejadian berlaku pada Ahad lalu dan lebih mengecewakan apabila peniaga berkenaan memberi alasan ikan berkenaan ‘bergas’ menyebabkan ia berbau busuk.

“Saya makan makanan sayur kampung dengan pais patin, suapan pertama (sayur) terus sentap sebab masin sangat dan bila buka pais patin, baunya sa­ngat busuk macam bangkai. Saya berfikir positif kerana mungkin bau kawasan sekeliling.

“Bila cubit isi ikan, isinya lembik, tulang lembik dan berbau.

“Ini antara pengalaman paling pahit dan memang sukar dilupakan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI