fbpx

Malayneum 23 monumen muzik Butterfingers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT Butterfingers di Stadium Malawati malam itu bukan sahaja menampilkan kreativiti terbaik mereka, malah menebus kembali insiden 2019 di lokasi sama, apabila konsert Transcendence 20 Tahun terpaksa ditamatkan awal selepas seorang ahli kumpulan sesak nafas.

SEPANJANG menyaksikan Konsert Malayneum 23 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, baru-baru ini, masa seolah-olah berundur ke fasa gemilang era milenium iaitu sekitar 2000.

Kelompok peminat dalam kalangan usia lewat 30-an yang hadir pada malam tersebut membuktikan muzik yang diperjuangkan kumpulan itu masih ‘bernyawa’ sehingga hari ini.

Masakan tidak, Stadium Malawati pada malam itu dibanjiri dengan lebih 6,000 penonton yang benar-benar merindui ‘kegilaan’ Butterfingers yang dianggotai Emmet selaku vokalis, Loque (Gitaris), Loko (dram) dan Kadak (bass).

Sebelum panggung bergema dengan muzik band, terdengar suara-suara peminat yang mengkritik ketukan dram yang dirasakan ‘pecah’.

SERAMAI lebih 6,000 penonton menyaksikan konsert Butterfingers Malayneum 23 minggu baru-baru ini kemungkinan besar terbahagi dua – peminat tegar yang menaiki mesin masa membesar bersama Butterfingers dan peminat yang kembali mengapresiasi album Malayneum yang sebelum ini terasa asing di telinga.

Ketukan dram pada awalnya adalah simbolik kemunculan Butterfingers ke pentas menghiburkan peminat selama tiga jam.

Ketika itu, rata-rata peminat yang hadir sudah bersiap dengan telefon dengan mood kamera tersedia agar tidak terlepas momen terindah bersama kumpulan yang ditubuhkan sejak 1993 itu.

Tidak mengambil masa lama, tepat pukul 9 malam, Emmet atau nama penuhnya Emmet Roslan Ishak memanaskan gelanggang dengan nyanyian penuh bertenaga menerusi lagu Malayneum yang dipetik daripada album studio keempat mereka.

Berbaki 25 buah lagu yang bakal dipersembahkan, Butterfingers meneruskan momentum dengan paduan vokal padu ditunjukkan Emmet.

Meski sudah lama tidak beraksi di pentas mega, vokalis berusia 46 tahun itu menunjukkan tenaga jitu tatkala menyampaikan lagu No One Else, Antidotes dan State Of Abbysmal.

Berdasarkan pemerhatian, golongan penonton berusia lebih selesa memilih tempat duduk untuk melayani hidangan muzik yang disajikan.

Manakala, kebanyakan peminat yang lebih muda selesa berada di zon berdiri untuk menyertai kumpulan mosh-pit.

Berbalik kepada konsert, kumpulan rock grunge itu meneruskan persembahan dengan beberapa lagu berjudul Ugly, Faculties dan Floating In A Vacuum.

PEMINAT Butterfingers pulang dengan senyuman kepuasan usai menghabiskan malam minggu penuh kehangatan menerusi Konsert Malayneum 23 pada 8 Oktober lalu.

Berseronok dengan persembahan, Loque atau nama asalnya Khairil Ridzwan Annuar mengakui seperti kembali merentasi masa lalu bersama-sama peminat sepanjang mempersembahkan konsert.

“Semua orang di sini melalui mesin masa bersama kami. Ada muka baharu dan juga lama.

“Mungkin ketika kami keluarkan album ini, ada yang belum lahir. Apa-apa pun terima kasih semua yang sudi hadir, pesan Loque sebelum mempersembahkan beberapa karya berjudul Mating Season, Pretty Rain dan Royal Jelly.

Selain persembahan yang mengkagumkan, kumpulan itu bijak bermain dengan paparan video dengan klip sedutan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

SELEPAS lima tahun tanpa persembahan berskala mega, Konsert Malaynuem 23 boleh dikatakan sebagai perhimpunan balas dendam daripada Butterfingers buat penyokong tegar mereka. – AFIQ RAZALI

Malayneum unik

Tidak mahu membiarkan peminat tertunggu-tunggu, Butterfingers segera mempersembahkan The Chemistry, Epitome dan Garden C.

Seusai persembahan, Loque terus bercerita tentang tentang album Malaynuem yang diibaratkan sebagai sebuah karya unik.

“Dua dekad selepas dilancarkan, saya boleh katakan Malayneum sangat menonjol sebagai satu album kami yang paling unik.

“Album ini berada di antara grunge, alternatif dan indie rock. Naskhah ini juga berada dalam kategori sendiri dalam satu ruang yang menarik, sukar untuk kami letakkan dalam mana-mana kategori.

TIGA jam beraksi, vokalis Butterfingers, Emmet langsung tidak menunjukkan tanda-tanda penat sepanjang konsert tempoh hari.

“Malah, maksud album ini seperti yang terperangkap dalam transit antara dua era, tidak berada dalam mana-mana acuan tertentu,” katanya.

Petikan riff gitarnya sepanjang persembahan sangat memukau walaupun masing-masing sudah berusia.

Dalam masa sama, mereka juga menyajikan persembahan berkonsepkan orkestra sebagai bonus buat pengunjung yang sanggup datang menyaksikan konsert kali ini.

Antara seleksi lain yang didendangkan adalah To Gather, E, Sad Sunday dan Sober.

Turut dipersembahkan Pacific, Viopipe, Wet Blanket, Chrome, Inhale dan Skew. Jam menghampiri pukul 12 tengah malam dan Butterfingers menutup Konsert

Malayneum 23 segmen ‘encore’ menerusi lagu Jump And Dive dan Tahun 2001.

BIARPUN album Malayneum dianggap sebagai karya bunuh diri, Butterfingers tetap berjaya menyempurnakan konsert bersandarkan lagu-lagu album berkenaan pada 8 Oktober lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI