PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan mendung melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di laman sesawang memaklumkan, antara kawasan yang terlibat adalah Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor.
“Jika di Kelantan, Terengganu, Pahang, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka pula tiada hujan diramalkan.
“Di Sabah, hujan di satu dua tempat dijangka berlaku di Pendalaman, Tawau dan Labuan. Manakala, tiada hujan di Pantai Barat, Sandalan dan Kudat.” jelas MetMalaysia.
Dalam hantaran yang sama, cuaca buruk diramalkan berlaku di kawasan Kucing, Bintulu, Miri dan Serian.
Bagi Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Limbang pula tiada hujan diramalkan. – KOSMO! ONLINE