fbpx

Konflik Palestin-Israel: Zionis bom hospital Gaza, 500 terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital al-Ahli Arab turut dipenuhi dengan pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal. – Al Jazeera

BANDAR GAZA – Sebuah hospital di tengah  Gaza yang sarat dengan pesakit dan pelarian Palestin dibom askar Zionis, menyebabkan lebih 500 orang terbunuh, lapor saluran televisyen Al Jazeera hari ini.

Pihak berkuasa mengesahkan angka kematian itu adalah tertinggi membabitkan  serangan tentera Israel dalam masa sehari sejak 2008.

Serangan ke atas Hospital al-Ahli Arab itu mencetuskan kecaman antarabangsa dengan organisasi media serta laman sosial dipenuhi gambar bilik dan pengusung  yang terbakar.

“Ini adalah keterlaluan dan sekali lagi ia menunjukkan sikap tidak menghiraukan nyawa orang awam,” kata Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) di laman media sosial.

Kementerian Kesihatan Gaza mengeluarkan kenyataan menjelaskan hospital itu telah memainkan peranan penting dalam menawarkan perlindungan kepada orang awam.

“Hospital itu menempatkan ratusan orang yang sakit dan cedera, dan orang ramai dipindahkan secara paksa dari rumah mereka,” kata kementerian berkenaan.

Rakaman Al Jazeera dari tempat kejadian menunjukkan petugas kesihatan dan orang awam menutup mayat-mayat dengan beg atau selimut putih.

Pemimpin parti politik Inisiatif Nasional Palestin (PNI), Mustafa Barghouti memberitahu Al Jazeera bahawa serangan hospital itu seharusnya mendorong pemimpin dunia mempersoalkan sokongan mereka terhadap Israel.

“Tiada sesiapa pun yang menyerang hospital di mana-mana negara lain di dunia.

“Adakah mereka akan mengutuk pembunuhan beramai-ramai Israel ini? Adakah mereka akan mengutuk kelakuan Israel ini? Mereka tahu mereka boleh menghalang Israel. Merekalah yang memberikan senjata dan wang serta sokongan kepada penyerang Israel ini,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI