TEL AVIV – Tentera Israel semalam mendakwa bahawa serangan ke atas sebuah hospital di Gaza yang membunuh sekurang-kurangnya 500 orang, berpunca daripada kesilapan bedilan roket Hamas.
“Hospital berkenaan terkena bedilan disebabkan oleh kegagalan pelancaran roket Hamas,” katanya dalam satu kenyataan.
Negara-negara Arab bagaimanapun menyalahkan Israel berhubung kekejaman tersebut.
Sementara itu, perang antara Israel dan Hamas yang melancarkan serangan ke selatan Israel pada 7 Oktober lalu, memasuki hari ke-11 semalam
Lebih 1,400 orang di Israel terbunuh, manakala angka korban di Gaza mencecah tiga ribu nyawa sejak itu, demikian menurut statistik rasmi. – AFP