fbpx

Konflik Palestin-Israel: Iran beri amaran lancar ‘tindakan awal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEJUANG Hizbollah berdiri di sisi pelancar roket di Kampung Aaramta, selatan Lebanon pada 21 Mei lalu. – AFP

TEHERAN — Iran memberi amaran tentang kemungkinan ‘tindakan awal’ terhadap Israel dalam masa beberapa jam lagi ketika Rejim Zionis bersiap sedia melancarkan serangan darat besar-besaran ke atas semenanjung Gaza.

Teheran berulang kali memberi amaran bahawa pencerobohan darat ke atas Gaza akan mencetuskan tindak balas dari perbatasan lain. Amaran itu mencetuskan kebimbangan konflik sekarang akan merebak dan mengundang pembabitan negara- negara lain.

“Kemungkinan tindakan awal oleh pihak kami boleh dijangka dalam masa beberapa jam lagi,” kata Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian dalam satu siaran langsung kepada stesen televisyen Iran.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada pertemuannyadengan pemimpin Hizbollah, Hassan Nasrallah, Sabtu lalu. Terdahulu kelmarin, Pre siden Iran, Ebrahim Raisi berkata, masa sudah suntuk untuk mencapai penyelesaian politik dan memberi amaran terhadap tindakan meluaskan perang Hamas ke perbatasan lain.

Amir-Abdollahian pula memberi amaran kelmarin bahawa ‘pemimpin-pemimpin penentang’ tidak akan membenarkan Israel melakukan apa sahaja yang ia mahu di Semenanjung Gaza.

“Jika kita tidak mempertahankan Gaza hari ini, pada masa hadapan, kita terpaksa melindungi kanak-kanak kita daripada bom ini (fosforus) di negara kita sendiri,” tambahnya.

Israel mengisytiharkan perang terhadap kumpulan Palestin, Hamas sehari selepas pejuangpejuangnya menyusup masuk ke sempadan Gaza-Israel yang dikawal ketat pada 7 Oktober lalu dan membunuh lebih 1,400 orang, kebanyakan mereka penduduk awam.

Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara dan bedilan artileri tanpa henti yang memusnahkan banyak kejiranan serta membunuh sekurangkurangnya 2,750 orang di Gaza, kebanyakan mangsa juga terdiri daripada orang awam.

Iran meraikan serangan Hamas itu tetapi bertegas menafikan penglibatan Teheran.

Kenyataan kelmarin disiarkan ketika Israel bersiap-sedia melancarkan pencerobohan darat ke atas Genting Gaza di mana kebimbangan terhadap penduduk Palestin yang terperangkap di wilayah terkepung itu meningkat.

Sejak Revolusi Islam dalam tahun 1979, Iran meletakkan sokongan kepada penduduk Palestin sebagai salah satu teras ideologinya. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI