fbpx

Kastam Terengganu rampas rokok seludup RM1.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nadzri (kanan) menunjukkan sebahagian rokok seludup bernilai keseluruhan lebih RM1.4 juta di Pejabat JKDM Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mengesan modus operandi terbaharu sindiket penyeludupan rokok menggunakan lori bertutup bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengarah Kastam Terengganu, Mohd. Nadzri Ariffin berkata, taktik tersebut terbongkar selepas pihaknya berjaya membuat rampasan terbesar tahun ini dengan penahanan sebuah lori di sebuah stesen minyak di Yong Peng, Johor pada 29 September lalu.

“Kita berjaya merampas sebanyak 2.1 juta batang rokok bernilai RM273,000 dengan nilai anggaran cukai lebih RM1.4 juta.

“Lori tersebut telah diekori dari Ajil, Hulu Terengganu selepas mendapat maklumat daripada orang awam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd. Nadzri berkata, pihaknya turut mengesan sindiket penyeludupan rokok itu bergerak pada waktu puncak sewaktu banyak kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Jelas beliau, sebelum ini, lori-lori penyeludupan tersebut akan bergerak aktif pada awal pagi namun kini menukar modus operandi dengan beroperasi pada waktu puncak bermula 12 tengah hari.

“Sindiket penyeludupan rokok ini juga menggunakan Jalan Jerangau-Jabor dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) sebagai laluan mereka untuk ke Selatan tanah air,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI