fbpx

Israel melampaui batas kemanusiaan – DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mengesyorkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kuasa besar seperti China dan Rusia mengadakan satu sidang kemuncak menuntut gencatan senjata di Palestin.

Beliau juga juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rejim Israel tidak boleh mengelak daripada bertanggungjawab ke atas serangan maut terhadap sebuah hospital di Gaza yang seharusnya menjadi tempat perlindungan awam yang bebas daripada kezaliman peperangan.

“Serangan ke atas sebuah hospital di Gaza semalam menyebabkan 500 pesakit dan orang awam maut. Kejadian menyayat hati ini melampaui batas kemanusiaan dan harus dikecam olah semua tanpa mengira kaum dan agama.

“Sekali lagi gencatan senjata harus diadakan dengan segera, tetapi kita tahu Israel enggan berbuat demikian selagi mendapat sokongan kuat daripada Amerika Syarikat dan ahli bersekutunya Kesatuan Eropah.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) nampaknya tidak bermaya langsung dalam menghalang pembunuhan besar-besaran ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Guan Eng berkata, beliau mengesyorkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihormati di peringkat antarabangsa mencadangkan kuasa besar lain seperti China dan Rusia mengadakan satu sidang kemuncak.

Menurut beliau, sidang kemuncak kuasa-kuasa besar dunia itu bagi menuntut gencatan senjata dan menentang penglibatan Amerika Syarikat (AS) serta ahli bersekutunya dalam kelemut berkenaan.

“Oleh kerana Rusia terlibat dalam peperangan di Ukraine, mungkin China yang menyokong tuntutan Palestin untuk menubuhkan negara mereka sendiri lebih sesuai jadi penganjur.

“Sekurang-kurangnya kehadiran sebilangan besar negara dalam sidang kemundak itu akan beri petanda kepada AS bahawa kali ini lain. Kali ini lain kerana A menentang satu dunia melihat pembunuhan beramai-ramai di Gaza,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI