fbpx

InvestPerak, Sinopont meterai MoU perkukuh kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) menyaksikan pemeteraian MoU antara InvestPerak dan Sinoport di Hangzhou, China hari ini.

IPOH – Pusat Pengurusan Pelaburan Perak (InvestPerak) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pengeluar filem penebat, Zhejiang Sinopont Technology Co. Ltd. (Sinopont) di Hangzhou, China hari ini bagi memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak dalam memastikan implimentasi projek oleh Sinopont di negeri ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Majlis pemeteraian MoU tersebut disempurnakan di ibupejabat Sinopont yang mana ia disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Sinopont, Xianglai Cao.

Mengulas tentang kerjasama dijalin itu, beliau berkata, pelaburan bernilai RM2 bilion oleh syarikat tersebut merupakan testimoni keyakinan pelabur asing terhadap negeri Perak.

“Justeru, kerajaan negeri akan memberi kelulusan ‘fast-track’ (kepada pelabur) menerusi InvestPerak dalam memastikan Perak menjadi lokasi yang kondusif buat pelabur.

“Tambahan pula, kerajaan negeri akan terus memperkukuh hubungan baik dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mempromosikan Perak sebagai destinasi pilihan pelabur di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sinopont menerusi anak syarikatnya di Malaysia, Sinopont Everthriving (Malaysia) Sdn. Bhd. kini dalam proses membina kilangnya di Kawasan Perindustrian Tasek di sini.

Kilang itu dijangka memulakan produksinya pada suku pertama tahun hadapan dengan menghasilkan sekitar 85 juta meter persegi filem penebat sel solar dan berpotensi mengeluarkan sehingga 300 juta meter persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestPerak, Mohamad Hashim Abdul Ghani berkata, kedudukan strategik Perak yang terletak di antara Pulau Pinang dan Selangor memberi kelebihan kepada negeri ini.

“Kedudukan Perak membolehkan mereka yang menawarkan perkhidmatan atau menghasilkan produk kepada syarikat-syarikat multinasional di Pulau Pinang dan Selangor menembusi pasaran di kedua-dua negeri itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI