PASUKAN GamesMY Kespoc dari Kelantan meraih gelaran kejohanan MLBB State yang dianjurkan sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2023 selepas berjaya menewaskan wakil daripada negeri Johor, MV Originz pada Ahad lepas.
Penolong Pengarah Unit Esports Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Rafidah Abu Bakar berkata, selaku wakil penganjur menyifatkan penganjuran Kejohanan e-Sukan bersempena HSN tahun ini.
Sangat meriah dan signifikan memandangkan penglibatan peserta yang sangat menggalakan dalam semua acara yang dipertandingan termasuklan peserta-peserta dari luar negara yang turut mengambil bahagian.
Ini membuktikan e-Sukan semakin mendapat tempat dikalangan peminat tempatan dan juga Malaysia turut menjadi tumpuan negara luar dalam kejohanan esport
“Tahun ini merupakan penganjuran HSN kali ke-8, dan merupakan penganjuran kali ke-5 bagi Kejohanan Esports HSN.
“Kelainan yang kami cuba bawakan pada tahun ini adalah melalui penglibatan 8 negara ASEAN utk kategori eFootball dimana tujuannya adalah untuk mempromosikan HSN ke peringkat antabangsa disamping membantu pembangunan esports negara.
“Saya mengharapkan semua yang terlibat sepanjang kejohanan dapat pengalaman baru serta menambah kenalan dalam e-Sukan.
“Kita juga harap agar tahun depan kita akan teruskan lagi inisiatif ini bukan sahaja untuk esports malah untuk sukan yang lain juga,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE