fbpx

Dihimpit kes wang haram, Maia percayakan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIA bersama suami, Irwan Mussry.

SUAMI kepada penyanyi Maia Estianty yang juga jutawan, Irwan Mussry masih dikaitkan dengan dengan kes pengubahan wang haram.

Biarpun hanya dipanggil sebagai saksi, usahawan asal Surabaya juga penerbit filem Susi Susanti: All Love, The Raid, dan Foxtrot itu masih menjadi bualan.

Begitupun Maia tetap percaya situasi akan berubah seiring kehadiran bukti lain, apatah lagi suaminya yang tetap tenang berdepan pelbagai spekulasi hanya selepas dipanggil sebagai saksi.

Menyelak latar belakang Irwan yang dikahwini pada 29 Oktober 2018, lelaki terbabit mempunyai pelbagai cabang perniagaan, termasuk pemilik bisnes jam tangan mewah.

Irwan yang berdarah Arab sebelah bapa dan ibunya asal Solo, Jawa Tengah dikenali sebagai ahli perniagaan berwibawa. Semua fakta tersebut menepis desas-desus lelaki terbabit mempunyai kaitan dengan perkara yang menyalahi undang-undang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI