fbpx

Camper van buatan Malaysia berpotensi ke pasaran luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Camper van - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Camper van dan motor home buatan Malaysia berpotensi menjadi salah satu produk tempatan yang boleh dipromosikan di pasaran luar negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, ketika ini terdapat camper van atau motor home buatan Malaysia yang menjadi gaya hidup rakyat Malaysia.

“Saya nak kongsikan satu produk yang baru dan menarik iaitu camper van. Ini ada buatan Malaysia, mungkin sekarang sudah jadi gaya hidup keluarga pergi berkhemah guna camper van.

“Mungkin itu juga satu cara kita nak promosi buatan Malaysia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) apakah rancangan kerajaan untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan menembusi pasaran luar negara.

Menjawab soalan asal Rosol, Fuziah menerangkan, Kempen Beli Barangan Malaysia telah bermula sejak tahun 1984 yang merangkumi tiga objektif utama.

Kata beliau, tiga objektif itu adalah merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, membudayakan dalam kalangan pengguna supaya mengutamakan produk Malaysia dan memperkasakan produk tempatan dalam industri peruncitan tempatan.

Jelas beliau, lapan kategori dalam Kempen Beli Barangan Malaysia adalah produk makanan dan minuman, kesihatan, kosmetik, fesyen dan gaya hidup, automotif, perabot, animasi digital dan barangan elektrik.

“Kementerian sedang mengenal pasti pasaran baharu termasuk pasaran eksport untuk pastikan kita boleh bawa produk tempatan ini di tahap yang lebih tinggi.

“Kita turut mengenal pasti bidang keberhasilan yang diinginkan. Sebagai contoh bagaimana hendak membuat buat business matching dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI