fbpx

Bukan trauma bercinta, diri ini yang kompleks – Hafreez Adam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFREEZ Adam tak serik mencari cinta dan berharap dipertemukan dengan wanita yang memahami dirinya. - FOTO AMIN AZMAN

PETALING JAYA – Pernah beberapa kali kecundang dalam percintaan, Pelakon Hafreez Adam mengakui dirinya kompleks hingga sukar didekati mana-mana wanita.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Hafreez Adam Aizat Zahalan itu tidak pernah menutup pintu hati atau berputus asa mencari pasangan sesuai dengan dirinya.

“Tipulah kalau saya cakap saya tak ada pengganti atau tidak mencuba. Saya tak pernah tutup pintu hati, jujurnya saya sedang mencari.

“Masalah sebenarnya datang daripada diri saya sendiri.  Sebagai seorang yang introvert, saya tak tahu apa persepsi orang terhadap saya.

“Susah untuk saya bergaul dengan orang. Nak jumpa dan mengenali orang baharu pun prosesnya makan masa. Saya sangat kompleks,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada masih terkesan dengan kegagalan hubungan lalu, aktor berusia 33 tahun itu berkata kisah lama itu tidak lagi berbekas di hatinya.

“Saya tak fobia dan tidak terkesan, bekas tunang saya wanita yang baik. Malah sepanjang perhubungan, semuanya baik-baik sahaja.

“Hakikat hidup kita ini Allah yang tentukan, kami faham apabila jodoh tidak panjang dan terima dengan hati terbuka.

“Soal jodoh susah untuk dibicarakan, saya ambil pengajaran daripada perhubungan lalu untuk jadi lebih matang.  Saya cuba perbaiki diri, nak kata fobia atau trauma memang tidak sama sekali,” ujarnya.

Paling utama kata pelakon tinggi lampai itu, dia mahukan wanita yang benar-benar memahami dirinya selain matang dan berpelajaran.

Sebelum ini, Hafreez pernah mengikat tali pertunangan dengan  aktres Zara Zya pada Oktober 2019 sebelum berpisah beberapa bulan kemudian.

Selepas itu, Hafreez mengakui sedang mengenali hati budi pelakon Azar Azmi namun kisah berkenaan senyap begitu sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI