MANCHESTER – Bilionair Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani disarankan untuk membeli Liverpool jika beliau mahu membalas dendam terhadap Manchester United kerana menolak tawaran pengambilalihannya, kata Koresponden Sukan Mail sports memberitahu podcast It’s All Kicking Off.
Terdahulu, bilionair Qatar tersebut menarik diri daripada persaingan untuk membeli kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada Sabtu lalu selepas muncul tawaran Jim Ratcliffe sebanyak £1.4 bilion (RM8.08 bilion) bagi pegangan 25 peratus kepentingan dalam United lebih menarik minat keluarga Glazer.
Sheikh Jassim pula mahukan kawalan penuh ke atas United, namun tawarannya sekitar £5.5 bilion (RM31.75 bilion) adalah kurang daripada harga £6 bilion (RM34.64 bilion) yang diminta oleh Glazer.
Ia bermakna bilionair petrokimia Britain, Ratcliffe akan memiliki satu perempat saham The Red Devils dan mengambil alih kawalan ke atas pasukan di Old Trafford.
Keegan memberitahu dalam sebuah rangcangan temu bual bahawa bilionair Qatar sudah pasti amat kecewa dan marah dengan perkembangan itu, maka disebabkan itu Editor Bola Sepak, Ian Ladyman menyarankan Sheikh Jassim memburu kelab musuh ketat, Liverpool.
Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group sebelum ini telah meletakkan The Reds sebagai kelab untuk dijual pada November tahun lepas dan pada masa, keluarga Glazer juga mengalu-alukan pelaburan di United.
Namun pada Februari lepas, pemilik Liverpool, John W Henry menegaskan, kelab Anfield itu tidak dijual, bagaimanapun tawaran pelaburan akan dipertimbangkan.
Difahamkan, bilionair Qatar itu memperuntukkan kira-kira £6.57 bilion (RM37.93 bilion) untuk pembiayaan projek United, jika beliau berjaya membeli kelab tersebut. – KOSMO! ONLINE