AKTOR Ari Wibowo yang bercerai dengan bekas isterinya, Inge Anugrah pada 13 September lalu mendedahkan identiti orang ketiga, si perosak rumah tangganya merupakan seorang lelaki berusia 29 tahun.
Bapa dua cahaya mata itu mengesahkan kekasih bekas isterinya sudah bertunang tetapi membatalkan perkahwinan penangan cinta Inge.
“Mereka sudah lama menjalin hubungan sulit dan menjadikan gimnasium tempat pertemuan selain kerap memakai persalinan warna senada.
“Lebih parah, lelaki tersebut dan tunangnya sudah mengedarkan kad jemputan tetapi dibatalkan pada saat akhir demi Inge.
“Pastinya dia juga mengharapkan ibu kepada anak-anak saya untuk melakukan pengorbanan sama dengan perceraian kami,” katanya.
Malah akui aktor berusia 52 tahun itu, lelaki dimaksudkan berbeza umur lebih sedekad dengan Inge, 42.
“Sebelum ini saya pernah minta Inge memutuskan hubungan selain tidak bertemu lagi kekasih tapi hanya bertahan dua hari,” katanya.
Isu skandal Inge tercetus selepas wanita yang dikahwini Ari pada 2006 itu menangkis tuduhan sebagai curang.