fbpx

44 pegawai kanan polis Kuala Lumpur naik pangkat ASP, DSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allaudeen (tengah) memakaikan pangkat ASP kepada salah seorang pegawai kanan polis pada Majlis Pemakaian Pangkat di IPK Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 44 pegawai kanan polis Kontinjen Kuala Lumpur dipakaikan pangkat Asisten Superintenden (ASP) dan Deputi Superintenden Polis (DSP) sekali gus penghargaan terhadap usaha dan sumbangan mereka dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka terdiri daripada 32 orang Inspektor dipakaikan pangkat kepada ASP dan 12 orang ASP dipakaikan pangkat kepada DSP oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, hari ini.

Allaudeen berkata, kejayaan tersebut merupayakan tradisi dan budaya pasukan sekali gus perlu diteruskan sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai dan anggota yang cemerlang dalam tugas mereka.

“Ini pengiktirafan kepada tuan dan puan daripada pasukan bahawa usaha itu dihargai. Saya faham, ada yang awal naik dan ada juga yang lewat. Ada cepat dan lambat, itu adat dalam organisasi khasnya PDRM.

“Jadi petang ini berkat usaha dan kegigihan, tetap diiktiraf oleh pasukan. Apabila kita mengharapkan pegawai kekal menjalankan tugas, maka di situ ada peranan ketua untuk mengiktiraf kejayaan anak buah,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sementara itu, Allaudeen berkata, kenaikan pangkat tersebut juga bukan pengakhiran, bahkan titik permulaan kepada fasa dan cabaran lebih besar.

“Pangkat bukan semata-mata pakai paku atau bintang, tapi tanggungjawab amat besar. Kita tak mahu pegawai yang telah dinaikkan pangkat, tapi tak penuhi atau capai apa yang diharapkan,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI