fbpx

2 pemandu termasuk anggota tentera maut, kereta bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemandu kereta maut apabila kenderaan mereka bertembung dalam nahas tiga buah kenderaan di Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Sungai Kelamah, di sini, malam tadi.

TAMPIN – Dua pemandu kereta termasuk seorang anggota tentera wanita maut selepas kenderaan mereka bertembung dalam nahas di Jalan Gemas-Tampin, berhampiran Sungai Kelamah, di sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gemas, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Razeaf Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.13 malam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, insiden membabitkan Perodua Kancil dipandu anggota tentera berusia 32 tahun bertembung dengan Proton Saga dipandu seorang lelaki Melayu berumur 45 tahun.

“Impak pertembungan itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Mohd. Razeaf, nahas itu turut membabitkan sebuah lagi Perodua Kancil dipandu lelaki berumur 28 tahun yang telah melanggar bahagian belakang Proton Saga dan pemandu tersebut hanya cedera ringan.

Menurutnya, mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan (KK) Gemas untuk mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI