fbpx

Universiti tidak boleh tolak pelajar miskin, tidak mampu bayar yuran – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Semua universiti di negara ini tidak lagi dibenarkan menolak kemasukan mana-mana pelajar miskin hanya kerana mereka tidak mampu membayar yuran pendaftaran pengajian universiti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, arahan itu adalah pertama kali dalam sejarah negara bagi memberi ruang kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang sama ada kaya atau miskin untuk melapor diri di mana-mana universiti.

Katanya, perkara itu diumumkan menerusi Belanjawan 2024 berhubung yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam (UA) dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.

“Yuran universiti, kita beri PTPTN (Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional) RM1,500, tetapi ada yuran universiti lain RM1,800. Jadi, ada keluarga dari Ampang dan dua dari Tambun tidak mahu terima pelawaan ke universiti kerana tidak mampu.

“Jadi, saya bagi arahan tidak ada universiti yang boleh menolak mana-mana pelajar miskin, mesti daftar bagi nama dia dan kementerian atau jabatan harus selesaikan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Sebelum ini, Anwar menerusi Belanjawan 2024 berkata, penyelarasan yuran universiti itu dijalankan supaya selari dengan nilai pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) oleh PTPTN berjumlah RM1,500 kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

Katanya, langkah itu dilaksanakan kerana beliau tidak akan mengizinkan mahasiswa khususnya daripada keluarga susah yang mendapat tempat di universiti awam dihalang atau dinafikan haknya daripada mendaftar hanya kerana tidak mampu melunaskan bayaran yuran kemasukan pengajian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI