fbpx

Tune Protect tawar bayaran ihsan RM200 bagi penumpang MYAirline

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tune Protect Malaysia (Tune Protect) menawarkan RM200 kepada penumpang yang membeli Insurans Perjalanan Tune Protect sebagai pembayaran ikhsan buat pelanggannya yang mempunyai penerbangan dibatalkan MYAirline.

Tambah Tune Protect, pembayaran ihsan tersebut dikira berdasarkan 50 peratus daripada harga tiket penerbangan, tertakluk kepada maksimum RM200 bagi setiap penumpang.

Menurutnya, walaupun penggantungan operasi syarikat penerbangan tersebut tidak berada di bawah perlindungan Insurans Perjalanan Tune Protect, syarikat memahami segala kesulitan dan kerugian yang ditanggung pelanggan.

“Sebagai tindak balas, Tune Protect mengambil langkah proaktif untuk menawarkan sedikit bantuan,” katanya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia, Jubin Mehta, para pelanggan Insurans Perjalanan Tune Protect yang terjejas dengan peristiwa tersebut boleh menghubungi pihaknya bagi mendapatkan bantuan pembayaran ihsan.

“Walaupun insiden seperti ini biasanya tidak dilindungi oleh syarikat insurans, tetapi kami memahami perasaan pelanggan dan ingin meluaskan sokongan kami di luar tradisi bidang perlindungan insurans,” katanya.

Tune Protect telah menetapkan syarat-syarat dan terma pembayaran untuk membantu penumpang MYAirline yang telah membeli Insurans Perjalanan Tune Protect.

Antaranya ialah perjalanan yang dibatalkan harus dilindungi oleh Insurans Perjalanan Tune Protect dan polisi Insurans Perjalanan tersebut haruslah dibeli sebelum 12 Oktober 2023 dan tidak pernah dibatalkan.

Selain itu, tarikh permulaan polisi mestilah bermula dari 12 Oktober 2023 dan seterusnya dan pembayaran tersebut hanya terpakai untuk tiket penerbangan yang dibeli bersama MYAirlines sebagai syarikat penerbangan yang ditetapkan, sah untuk perjalanan bermula dari 12 Oktober 2023 dan seterusnya.

Pelanggan perlu memuat turun, lengkapkan, dan simpan borang daripada laman web Tune Protect: https://www.tuneprotect.com/products/travel-easy-insurance/ dan e-mel dokumen berikut ke [email protected].

Jika permohonan diterima, ia akan disemak dan sekiranya diluluskan, pembayaran akan dilakukan dalam masa tiga hari berkerja dari tarikh kelulusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI