fbpx

Tindakan tegas terus diambil kepada penjenayah alam sekitar – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin pada sidang akhbar di Jeram, Kuala Selangor hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA SELANGOR – Tindakan tegas akan terus diambil kepada mana-mana penjenayah alam sekitar yang melakukan pencemaran sungai khususnya di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pencemaran dilakukan sememangnya memberikan kesan kepada semua (terutama melibatkan gangguan bekalan air).

“Ada sesetengah kes dalam mahkamah dan kita harap dapat dimuktamadkan dengan segera untuk memberikan pengajaran.

“Ini (denda sehingga RM1 juta) juga dibuat memastikan kelangsungan bekalan (air) dapat disalurkan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sikap segelintir pihak yang masih melakukan pencemaran meskipun denda telah dinaikkan kepada RM1juta daripada RM100,000 sebelum ini.

Pada 9 November 2020, Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) (Pindaan) 2020 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menetapkan denda minimum RM200,000 dan maksimum RM1 juta kepada pihak didapati bersalah mencemar sumber air di negeri itu.

Pindaan RUU itu turut meluluskan hukuman penjara dijadikan hukuman mandatori kepada pesalah di sambil memperuntukkan hukuman pencemar sumber air perlu membayar kos membersih kesan pencemaran kepada LUAS.

Dalam insiden terbaharu pada Selasa lalu menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas susulan pencemaran bau dan menjejaskan bekalan air kepada Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI