fbpx

Tetamu tinggalkan bilik hotel kotor didenda RM6,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik hotel itu ditinggalkan dalam keadaan berselerak. - X

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah bilik hotel yang ditinggalkan oleh tetamu dalam keadaan berselerak.

Laman berita yoursay.id melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun X @kegblgnunfaedh. 

Bukan sahaja bersepah dan dipenuhi sampah, beberapa barang dan perabot dalam bilik itu kelihatan rosak dan calar akibat tindakan tetamu yang tidak bertanggungjawab.

Kelihatan sampah berselerakan di atas lantai, cadar di ruang tamu, tuala berselerak di bilik air dan puntung rokok ditinggalkan di dalam laci.

Rakaman kemudian menunjukkan penyatan surat denda yang dikenakan terhadap tetamu tersebut berjumlah 20 juta rupiah (RM6,023).

Bagaimanapun, netizen di media sosial tidak bersetuju dengan jumlah denda yang dikenakan.

“Wajar mengenakan denda terhadap manusia seperti itu,” komen seorang netizen.

“Sepatutnya kena denda lebih daripada  itu atau lapor polis. Orang pengotor macam ni patut dilarang menggunakan hotel atau penginapan lain,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI