PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan buah negeri malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk berkenaan dijangka melibatkan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Dalam pada itu katanya, amaran sama juga dikeluarkan melibatkan beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.
“Sementara di Sabah pula, cuaca buruk boleh berlaku di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Keadaan sama juga diramal melanda Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.