fbpx

Pestabola Merdeka: Kehangatan final makin dirasai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG Harimau Malaya, Muhammad Fiqri Fahmi (kiri) bersama isteri, Norain Mohd Saleh (kanan) memakaikan pengikat kepala kepada anaknya, Muhammad Fariddudin Xavier sebelum aksi final Pestabola Merdeka antara Malaysia dan Tajikistan. malam ini. -FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Berbeza ketika aksi menentang India, Jumaat lalu, trafik kehadiran penyokong ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan final Pestabola Merdeka antara Harimau Malaya dan Tajikistan agak perlahan.

Daripada tinjauan pada setakat 6 petang tadi, sambutan belum lagi ‘hangat’ dan faktor perlawanan pada hari bekerja dikatakan jadi penyumbang utama.

ANTARA gelagat penyokong Harimau Malaya ketika mula tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil. – FARIZ RUSADIO

Bagaimanapun, jumlah itu dijangka bertambah memandangkan status terkini jualan tiket setakat 5 petang menyaksikan 33,461 keping tiket sudah pun terjual.

“Ini adalah kali pertama saya datang menyaksikan perlawanan Harimau Malaya di stadium dan saya mahu rasai sendiri suasana meriah.

PENYOKONG Harimau Malaya, Mohd Uzma Nazhif (dua dari kiri) bersama rakannya ketika tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil. – MOHD FITRIE MUHAMAD

“Sudah pasti saya mahu nikmati aura berbeza berbanding menonton perlawanan di kaca televisyen,” kata salah seorang penyokong Harimau Malaya, Mohd Uzma Nazhif.

PENYOKONG Harimau Malaya, Siti Norzirah Abdul Shukor (kanan) bersama anak-anaknya memakai pelekat muka ketika hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil. – FARIZ RUSADIO

Dalam masa sama, pihak berkuasa juga dilihat memenuhi kawasan sekitar stadium bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku dan perlawanan pada 9 malam ini dapat berlangsung dengan lancar.

Untuk rekod, skuad negara kendalian Kim Pan-gon mara ke final Pestabola Merdeka mara ke final selepas menewaskan India 4-2 manakala Tajikistan layak selepas mendapat ‘bye’ ekoran penarikan diri Palestin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI