fbpx

Penunggang motosikal maut tersepit bawah tayar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki meninggal dunia tersepit di bawah tayar lori dalam kemalangan di di kilometer 23.1, menghala ke Jalan Duta, NKVE pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas tersepit di bahagian tayar lori treler di kilometer 23.1, menghala ke Jalan Duta, Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan tersebut pada pukul 6.45 pagi.

Katanya, seramai sembilan anggota dan dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara bergegas ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis lori treler serta sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135.

“Ekoran kemalangan itu, seorang lelaki didapati tersepit di bawah tayar lori dan berjaya dikeluarkan pihak bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ahmad Mukhlis, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil mangsa untuk urusan lanjut selepas lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI