fbpx

Lelaki Rohingya bergaduh maut ditikam rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik mengangkat mayat mangsa yang mati ditikam rakannya di kebun jagung di Kampung Melor Lama, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dipercayai ditikam dengan sebilah pisau oleh rakan senegaranya selepas terlibat dalam pergaduhan di sebuah rumah di Kampung Melor Lama di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dijumpai mati di kawasan kebun jagung berhampiran rumah yang disewa oleh suspek itu kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Jiran suspek, Tengku Nur Ayuni Tengku Ismail, 29, berkata, dia menyedari mangsa dan rakannya bergaduh selepas terdengar bunyi bising dari rumah tersebut yang terletak bersebelahan rumahnya.

Menurutnya, dia menjenguk keluar rumah dan mendapati suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an memegang sebilah pisau yang sudah berlumuran darah sebaik sahaja keluar dari kebun jagung itu.

“Saya terkejut melihat situasi itu dan terus menghubungi rakan sekampung untuk membuat panggilan kecemasan kepada pihak polis.

“Difahamkan, mangsa datang ke rumah sewa suspek pada waktu solat subuh pagi tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Tengku Nur Ayuni memberitahu, dia mengesyaki kedua-dua lelaki Rohingya itu bergaduh di dalam rumah tersebut sebelum mangsa berlari keluar untuk menyelamatkan diri ke dalam kebun jagung.

Katanya, dia terkejut apabila melihat suspek secara tiba-tiba keluar sambil memegang pisau yang sudah berlumuran darah.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut mengenai motif pembunuhan sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI