fbpx

KPDN anggap Belanjawan 2024 ‘membumi’, sebelahi rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tudung biru) ketika melakukan pemeriksaan Ops Jamin di sebuah pasar raya, di Cheras hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganggap Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu adalah belanjawan yang ‘membumi’ dan menyebelahi rakyat.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meneruskan inisiatif Payung Rahmah dan menambah peruntukan dua kali ganda kepada KPDN.

Dalam masa sama ujar Fuziah, bagi pihak miskin tegar, beliau amat berbesar hati kerana Perdana Menteri memperuntukkan RM10 bilion untuk memberikan bantuan secara Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

“Semoga kumpulan yang dapat dan layak menerima subsidi nanti boleh gunakan untuk membeli barang-barang dengan harga murah melalui bantuan tunai Rahmah yang mereka terima,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan Ops Jamin di sebuah pasar raya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, ujar Fuziah, mekanisme Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sudah pun diwujudkan dimana 120,000 penerima boleh menggunakan MyKad di lebih 400 kedai di seluruh negara.

“Ada peranti di kedai-kedai berkenaan yang boleh digunakan untuk kenal pasti golongan yang mendapat bantuan SARA ini. Saya difahamkan mekanisme ini sudah pun bermula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI