fbpx

Konflik Palestin-Israel: PM hubungi Hamas, sokong pemberhentian bom di Rafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) bersalaman dengan Ismail dalam sebuah pertemuan sebelum ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah berhubung dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh pada semalam untuk menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

Anwar menerusi satu hantaran di Facebook berkata, beliau sangat menyokong pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah.

“Ia juga penting bagi Israel untuk meninggalkan kepatuhan mereka kepada politik perampasan, gencatan senjata dengan Hamas secara serta-merta dan benar-benar mengejar satu resolusi aman untuk menamatkan konflik yang berterusan.

“Adalah penting dan terpenting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas disebabkan krisis yang berlaku,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut menyampaikan komitmen Malaysia yang akan turut serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin menerusi pelbagai barangan keperluan.

“Dalam semangat ini, kami (Malaysia) komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan mereka (penduduk Palestin) yang memerlukan,” jelasnya.

Terdahulu, Anwar mengumumkan Malaysia akan menyalurkan bantuan RM100 juta terhadap misi kemanusiaan kepada Palestin dalam masa terdekat.

Katanya, jumlah bantuan berkenaan akan disalurkan khusus kepada tabung kemanusiaan dan perubatan untuk rakyat Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI