fbpx

Konflik Palestin-Israel dikhuatiri merebak ke Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jentera bomba tiba di lokasi serangan Israel di kampung Dhaira, selatan Lebanon semalam. - AFP

BEIRUT, Lebanon – Skala pertempuran di sempadan Lebanon dengan Israel adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan peperangan antara pejuang Hamas dan Rejim Zionis, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Pertempuran itu kekal dalam radius kira-kira 4 kilometer dari kedua-dua belah garisan sempadan dengan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh sejak Sabtu lalu.

Namun, kawasan pegunungan yang kurang penduduk itu berisiko menjadi lokasi tercetusnya perang serantau dan turut melibatkan lebih banyak pihak termasuk Iran dan Amerika Syarikat (AS).

Kumpulan Hizbollah yang disokong Iran adalah pihak yang menguasai selatan Lebanon. 

Ia juga beroperasi bersama Kor Pengawal Revolusi elit Iran di Syria, di mana Bukit Golan yang diduduki Israel memisahkan Israel daripada pejuang Hizbollah.

Menteri Luar Iran, Amir Abdollahian berkata, beliau bimbang pertempuran itu semakin meluas.

“Kami menggariskan keperluan untuk menghentikan segera jenayah dan pembunuhan oleh Rejim Zionis di Gaza serta menghantar bantuan kemanusiaan.

“Saya menegaskan bahawa masa semakin suntuk untuk penyelesaian politik kerana perang merebak ke kawasan lain menghampiri tahap yang tidak dapat dielakkan,” katanya di aplikasi X. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI