fbpx

Konflik Palestin-Israel: 20 pelancar roket ditemui di sempadan Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kepulan asap dilihat selepas Israel menyerang sempadan Lebanon semalam. - AFP

BEIRUT, Lebanon – Tentera Lebanon menemui 20 pelancar roket berhampiran sempadan Israel semalam, yang menjadi lokasi kumpulan Hizbollah yang disokong Iran berbalas tembakan dengan Rejim Zionis sejak beberapa hari lalu, lapor akhbar New York Post.

“Empat daripada pelancar roket yang ditemui di bandar sempadan, Qalila dan Al-Sha’iyat itu sudah diisi dengan peluru berpandu dan sedia untuk dilancarkan,” kata tentera sambil menambah, pasukan khas sudah ditugaskan untuk meleraikannya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada kumpulan Hizbollah supaya mengelak daripada menyertai perang bersama Hamas atau mereka berdepan tindak balas serupa.

Penemuan pelancar roket itu dibuat ketika Israel bersedia melakukan serangan darat di Gaza untuk menentang Hamas dan dalam masa sama mula memindahkan penduduk di berpuluh-puluh kampung berhampiran sempadan utaranya dengan Lebanon.

“Jangan uji kami di utara,” kata Netanyahu semalam sambil mengancam Hizbollah dan Iran bahawa mereka akan mengalami tindak balas teruk jika terlibat dalam peperangan itu.

“Jangan buat kesilapan masa lalu. Hari ini, ‘harga’ yang anda akan bayar jauh lebih berat,” tambahnya sambil merujuk kepada perang antara Israel dan Hizbollah pada 2006.

Sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu yang mengorbankan lebih 1,400 warga Israel, ketegangan semakin meningkat di sepanjang sempadan Lebanon-Israel. Pertempuran minggu lalu disifatkan paling banyak meragut nyawa di sempadan Lebanon sejak perang 2006.

Pejuang Hizbollah melepaskan peluru berpandu antikereta kebal ke kedudukan tentera Israel, manakala Rejim Zionis bertindak balas dengan membedil kawasan di sebelah sempadan Lebanon.

Badan media tentera Hizbollah berkata, pihaknya telah menembak dan memusnahkan kamera pengawasan di lima pos tentera Israel di sepanjang sempadan, termasuk satu di luar bandar Metula.

Kumpulan itu mahu menghalang tentera Israel daripada memantau pergerakan mereka di sempadan Lebanon selepas pertempuran berhari-hari yang menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, termasuk empat anggota Hizbollah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI