fbpx

Gauri Khan doakan kegagalan filem Shah Rukh Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAURI dan suaminya, Shah Rukh Khan.

BERKAHWIN pada usia muda dan terpaksa meninggalkan keluarga mengikut suami berhijrah ke Mumbai membuatkan isteri Raja Bollywood Shah Rukh Khan (SRK), Gauri Khan pernah berharap filem suaminya gagal.

Katanya, harapannya tinggi melangit ingin kembali ke kampung halaman di New Delhi membawa bersama lelaki dicintainya.

“Sebenarnya saya tak gembira apabila Shah Rukh nekad mencuba nasib dalam arena lakonan di lokasi tumpuan ramai bintang lain.

“Dia pergi dulu dan saya menyusul kemudian. Namun, dalam hati saya berdoa meminta dia gagal kerana dengan cara itu kami dapat kembali ke New Delhi.

“Saya tidak menyangka ramai mengenalinya selain terkejut melihat senario industri perfileman Bollywood. Semuanya sukar,” katanya ketika ditemu bual dalam program NDTV Good Times.

Menurutnya, peringkat awal perkahwinan yang dibina pada usia 21 tahun agak huru-hara kerana masing-masing masih dalam fasa mencari persefahaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI