fbpx

Dewan Rakyat: Perdagangan Malaysia, China paling tinggi guna RM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi di Dewan Rakyat hari ini.- Foto Ihsan Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pendekatan kerajaan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia (RM) dalam perdagangan dengan beberapa negara serantau menunjukkan perkembangan positif.

Menurut Anwar, pendekatan paling berhasil adalah adalah dengan negara China, iaitu penyelesaian sebanyak 25 peratus atau RM39.2 bilion dalam mata wang RM dan Renminbi daripada keseluruhan jumlah dagangan berjumlah RM157 bilion.

Malah katanya, perdagangan dengan negara jiran iaitu Indonesia turut menunjukkan hasil positif apabila jumlah dagangan menggunakan RM dan Rupiah adalah RM10.7 bilion (16.7 peratus).

“Sementara itu, dengan Thailand adalah sebanyak RM8.2 bilion (19.6 peratus) dalam RM dan Baht.

“Ini bermakna dengan China yang paling berjaya berikutan peningkatan yang amat tinggi. Kalau kita lihat, ini adalah perkembangan yang menggalakkan walaupun masih jauh kerana belum ada tindakan dari negara lain.

“Vietnam dan Kemboja sudah memberi perakuan melalui Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang yang dimeterai dalam perjanjian ASEAN di Jakarta, baru-baru ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai rancangan terkini berkenaan pendekatan dedolarisasi bagi menggalakkan perdagangan antara negara lain menggunakan mata RM dan sejauh mana inisiatif itu disambut negara serantau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI