PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir hampir di semua negeri pada petang ini.
MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, antara kawasan yang terlibat adalah di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Selain itu, melibatkan beberapa kawasan di negeri Perak, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor,” katanya.
Tambah MetMalaysia, antara kawasan lain yang diramal dilanda hujan lebat petang ini adalah di Sabah iaitu di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Tawau dan Sandakan.
Bagi Sarawak pula, hujan melibatkan satu dua tempat di Bintulu, Miri, Limbang dan Kapit. – KOSMO! ONLINE