PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, hujan dan ribut petir diramalkan di sembilan negeri pada pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, hujan dilaporkan hanya melibatkan satu dua tempat pada pagi ini iaitu di kawasan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Selain itu, turut diramalkan mengalami ribut petir adalah di negeri Perak, Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Bagi Sarawak pula, hujan melibatkan satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit.
“Manakala keadaan cuaca mendung turut dijangkakan berlaku di Bintulu,” kata kenyataan tersebut hari ini. – KOSMO! ONLINE