fbpx

Budak sanggup mati tak tahan diseksa, didera bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK berusia 8 tahun mempunyai berat badan 55 kilogram (kg) (gambar kiri), namun susut kepada 26 kg (gambar kanan) selepas disyaki diseksa dan didera sejak enam bulan lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki mengalami detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa dera bapa kandung dan teman wanita bapanya itu dipercayai sejak enam bulan lalu.

Malah kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga sanggup mati apabila tidak tahan menanggung derita sakit didera dan diseksa orang tuanya itu di sebuah rumah flat di Taman Pulai Jaya, Skudai di sini.

Penderitaan kanak-kanak itu bagaimanapun berakhir apabila dia diselamatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jumaat lalu.

Pengasas Pertubuhan Kebajikan Komuniti Johor, M, Caren Nantheny, 46, berkata, rahsia penderitaan mangsa terbongkar apabila seorang warga asing datang ke rumah mangsa pada malam Khamis lalu untuk menumpang barang basah di peti ais di rumah pasangan yang masing-masing berusia 43 tahun.

“Pada masa itu warga asing itu ternampak mangsa dalam keadaan bogel dan menggigil dalam bilik air.

“Melihat seperti ada yang tidak kena, warga asing tersebut memaklumkan apa yang dilihatnya kepada jiran sebelum jiran terbabit menghubungi kami,” katanya ketika ditemui selepas melawat kanak-kanak berkenaan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.

BATHAMARAJAN menunjukkan kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa dera bapa kandung dan teman wanitanya di HSA, Johor Bahru hari ini.

Menurutnya, susulan itu jiran berkenaan tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri pada hari Jumaat sebelum pasangan tersebut diberkas pada hari yang sama.

Katanya, kanak-kanak berkenaan kemudian dihantar ke HSA pada hari yang sama untuk menerima pemeriksaan kesihatan serta laporan perubatan dan dia yang merupakan anak tunggal masih dirawat sehingga kini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk India Kangkar Pulai, N Bathmarajan, 55, berkata, siasatan pihak polis mendapati terdapat kesan lebam dan terbakar termasuk parut lama pada tubuhnya.

“Kita percaya berdasarkan cerita kanak-kanak terbabit, dia sudah didera lebih dari enam bulan. Sampai satu tahap dia memberitahu ibu kandungnya selepas diselamatkan, dia mengatakan sedia untuk mati kerana tidak sanggup lagi didera.

“Sebelum diselamatkan jiran berkenaan yang membuat laporan polis, dia mendakwa sering mendengar mangsa menjerit. Mangsa juga dibiarkan tidak bersekolah. Apabila ditahan polis, bapak dan kekasih saling tuduh-menuduh apabila ditanya siapa mendera kanak-kanak tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI