fbpx

Azizulhasni hampir ‘ditendang’ sukan dunia kerana sokong Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizulhasni ketika menunjukkan isyarat ‘save Gaza’ pada sebuah kejohanan sukan di Eropah pada 2014 lalu. - Foto laman X Azizulhasni

PETALING JAYA – Jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi satu peristiwa pada tahun 2014 apabila beliau hampir dilarang untuk bertanding dalam sebuah kejohanan besar di Eropah gara-gara mempamerkan sokongan terhadap negara Palestin.

“Pada Julai 2014, saya hampir ditendang keluar dari perkampungan sukan dan penyertaan saya di satu kejohanan besar di Eropah hampir dibatalkan.

“Semuanya gara-gara kerana saya memaparkan mesej ‘Save Gaza’ di atas glove (sarung tangan) yang saya pakai. Ketika itu saya berlumba dengan pelumba dari England dan sejurus selepas memenangi perlumbaan tersebut, saya mengangkat kedua belah tangan untuk menyampaikan mesej kepada seluruh dunia.

“Ketika sepanjang kejohanan tersebut, Gaza teruk bertalu-talu di bom oleh tentera laknatullah. Ramai yang menjadi mangsa dan terkorban termasuk wanita, anak-anak kecil dan bayi, lagi memburukkan keadaan ketika itu di bulan Ramadan, bulan suci umat Islam,” kongsinya menerusi ciapan di laman X hari ini.

Menurut Azizulhasni, antara alasan pihak penganjur yang mahu membatalkan penyertaan beliau adalah kerana menyampaikan mesej berbaur politik di pentas sukan.

“Niat saya ketika itu hanyalah untuk menyampaikan mesej kemanusiaan bagi seluruh dunia tahu keadaan di Gaza. Lihat betapa hipokritnya mereka, pelbagai cara mereka lakukan untuk menutup mulut, telinga dan mata dunia, namun apabila giliran mereka semuanya boleh pula.

“Sebagai contoh peperangan antara dua negara sebelum ini, mereka satu dunia menyatakan sokongan kepada satu negara tersebut secara terbuka dan ianya dikatakan oleh mereka sebagai ‘freedom of speech’ (kebebasan bersuara) dan juga ‘humanitarian support’ (sokongan kemanusiaan),” katanya.

Dalam pada itu, Azizulhasni meminta seluruh umat dunia untuk terus memberikan semangat dan doa buat saudara di Palestin dimana mereka ketika ini sedang bergelut dengan ancaman perang yang besar.

“Teruskan memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin. Ada pelbagai cara dan pelbagai ruang untuk membantu mereka disana. Bantulah mereka mengikut kemampuan diri kita tetapi yang paling penting adalah sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu.

“Jangan pernah ragu dengan segala ketetapan Allah kerana janji Allah itu adalah pasti,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI