fbpx

1,000 pemandu lori Wilayah Utara tuntut pertimbangan JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
sebahagian daripada 1,000 pemandu lori berkumpul di pekarangan pejabat JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini. -Foto oleh ISWAN SHAFIQ ISA / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Wilayah Utara mengemukakan tujuh tuntutan dalam bentuk memorandum bantahan untuk diserah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Pengerusinya, Muhamad Daniel Abdullah berkata, ini bagi menyatakan luahan serta rungutan yang diterima daripada ahli terdiri pemandu-pemandu lori berhubung isu berbangkit khususnya berkaitan operasi penguatkuasaan yang dikenakan mereka.

Menurutnya, antara tuntutan tersebut adalah meminta JPJ negeri mempertimbangkan supaya lori-lori yang membawa muatan sama paras dengan pagar kenderaan itu diberi pelepasan di bawah peraturan membawa barangan melebihi had muatan yang ditetapkan.

Pada masa sama katanya, mereka juga mencadangkan supaya agensi terbabit menaikkan nilai Berat Dengan Muatan atau BDM bagi sesebuah lori kerana lori yang baharu dikeluarkan kebiasaannya adalah lebih canggih dan mampu menanggung bebanan yang tinggi.

Shahrul (tengah) melihat memorandum bantahan yang dikemukakan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Kecil Kenderaan Perdagangan Wilayah Utara di pekarangan JPJ Pulau Pinang di Seberang Jaya, hari ini.

“Selain itu, kami juga ingin mencadangkan supaya saman juga dikenakan terhadap pihak lombong, kuari dan kilang jika lori ditangkap melebihi had (muatan) kerana mereka telah membenarkan lori itu keluar daripada premis mereka dengan muatan yang berlebihan.

“Kami turut berpendapat pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk menaikkan kadar sewa kenderaan perdagangan kerana kadar sewa dalam industri ketika ini adalah sangat murah dan tidak berpatutan sedangkan kos alat ganti kenderaan dan kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika hadir menyerahkan memorandum tersebut dengan ditemani oleh beberapa aktivis setempat termasuk bekas Ahli Majlis di bawah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), David Marshel.

Hadir sama bagi menyatakan bagi menyatakan sokongan terhadap penyerahan memorandum bantahan itu ialah kira-kira 1,000 orang pemandu lori dari seluruh Pulau Pinang serta kawasan yang sekitar dengannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI