fbpx

Wanita minta Zul Ariffin ‘gentel’ bukan ‘gentle’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen wanita tersebut pada video Zul Ariffin.

PETALING JAYA – Tular di media sosial ketika ini apabila seorang wanita menulis komennya di satu temu bual pelakon tempatan, Zul Ariffin secara siaran langsung menerusi Facebook baru-baru ini.

Komen wanita tersebut menjadi tular apabila dia tersalah eja perkataan ‘gentle’ kepada ‘gentel’ sehingga ramai pengguna media sosial lain geli hati terhadap komen tersebut.

“Terbaik Zul peduli lah orang nak cakap apa yang penting Zul ‘gentel’… dalam lakonan ‘gentel’.. dekat luar pun ‘gentel’, semoga dipermudahkan segala urusan Zul,” tulis wanita tersebut.

Rata-rata orang ramai turut menegur komen wanita tersebut dan ada juga yang menerangkan apa maksud sebenar perkataan ‘gentel’ yang mana jika disalah ertikan mampu menimbulkan pengertian berbeza.

“Kak.. ‘gentle’ kak, ‘gentel tu yang biji mata naik ke atas,” jelas Peja Jones.

“Kak jangan pikir nak laju je komen tu kak, kesian abg Zul tu. Mesti dia terasa kakak cakap dia ‘gentel’, tahu la dia tak kahwin lagi. Bagi orang lain komen dulu lepas tu baru kak komen,” kata Hafizul Amar.

“Parah kakak ni, itulah pentingnya ‘English education’, kakak main bubuh sahaja. Kan dah dapat malu tu,” kata Jo Brangko. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI