fbpx

Pengiktirafan penjawat awam, isyarat sektor swasta tingkat upah- PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri pada Majlis Perhimpunan Bulanan JPM di Putrajaya tadi. -Foto FAISOL MUSTAPA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Pengiktirafan kerajaan kepada penjawat awam melalui Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) perlu dijadikan satu isyarat kepada sektor swasta untuk meningkatkan kadar upah lebih baik untuk pekerja mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan kadar upah itu perlu diberi tumpuan khususnya bagi syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi, seterusnya memberikan galakkan meningkatkan produktiviti masing-masing.

Katanya, adalah tidak munasabah untuk mengharapkan prestasi produktiviti tinggi, namun kadar upah tidak meningkat.

Menurutnya, kajian Jabatan Perangkaan turut mendapati produktiviti bagi pekerja swasta menunjukkan peningkatan, namun kadar upah pekerja meningkat sangat sederhana.

“Saya juga minta sektor swasta ada yang mengadu syarikat untung hingga RM400 juta setahun, tetapi upah pekerja tidak meningkat langsung.

“Jadi, saya harap ‘signal’ diberikan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan kepada penjawat awam juga disambut sektor swasta terutama yang mencatat keuntungan baik. Bagilah tambahan munasabah dalam keadaan yang ada sekarang,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI